DDR...bilionaire 2013

JITRA, 8 September – “Kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya tiada usaha,” kata Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Beliau yang kini dikatakan sedang enak mengecapi kejayaan yang telah dihasilkan dikatakan sedia berkongsikan rahsia kejayaan beliau dengan masyarakat.

Menurut DDR, kejujuran dan keikhlasan adalah faktor utama untuk menghasilkan sesuatu kejayaan yang luar biasa dan mempunyai keunikan tersendiri.

“Ini jelas terbukti mengenai kehadiran produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini menjadi perbualan hangat rakyat 1 Malaysia tentang keberkesanan produk ini,” katanya.

Katanya lagi, jika seseorang inginkan kejayaan tumpuan terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan begitu penting sekali dan endahkan segala kritikan yang dilemparkan.

“Doktor yakin dengan sikap sebeginilah akan membuatkan seseorang itu mencapai kejayaan yang dingini dan kemudian berkongsi kejayaan tersebut bersama masyarakat sekaligus menjadi ikon yang terbaik.

“Doktor bersyukur kepada Allah kerana dengan produk Jus Mate 5 (JM5) telah membuatkan doktor menjadi seorang jutawan namun bukan doktor sahaja malah pengedar aktif terhadap produk yang doktor hasilkan juga mendapat kemewahan.

“Kini doktor menanamkan azam di dalam diri doktor untuk menjadi billionaire dalam masa tiga tahun lagi dan menghasilkan pelbagai lagi kejaiban untuk masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu.