DDR....otak bisnes

JITRA, 7 September – Riwayat hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa 90 peratus punca rezeki adalah daripada perniagaan yang mendatangkan kekayaan.

Jadi, jelaslah terbukti terhadap seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Datuk Dr Che Rozmey (DDR) yang telah mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan dan kini bergiat aktif untuk melebarkan sayap empayar perniagaannya.

Menurut DDR beliau begitu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan fenomena yang melibatkan perniagaannya secara online seterusnya memastikan ianya berjaya.

“Kini seluruh rakyat Malaysia sudahpun bersama-sama doktor dalam fenomena tsunami dR Rozmey  berskala kecil mengenai produk kesihatan dan kecantikan keluaran Herba Prima Marketing (HPM) dan juga karya seni yang berprofil tinggi iaitu 2 Alam,” katanya

Katanya lagi, menyedari bahawa ianya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan HPM kini sedang bergiat aktif untuk memperluaskan empayar perniagaan mengenai produk kesihatan yang terbaru iaitu Slimming Suit dan Water Treatment.

“Bukan itu sahaja malahan doktor akan memperluaskan produk kecantikan yang kini menjadi sebahagian hidup golongan wanita yang menginginkan kejelitaan yang berpanjangan iaitu dengan produk kosmetik Skin Care dR Rozmey.

“Ketiga-tiga tsunami berskala kecil ini bakal melanda tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya Januari 2011 menerusi pelan pemasaran yang doktor cipta,” katanya dengan penuh berkeyakinan untuk menjadi billionaire pada 2013.