DDR.....bijak

JITRA, 5 September – Saluran dR Rozmey Channel yang telah memuatkan lebih 1,000 video di laman youtube itu mempunyai pelbagai informasi menarik yang dapat dikongsikan bersama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Markting (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) penubuhan dR Rozmey Channel ini adalah bertujuan untuk memberikan informasi mengenai fenomena yang telah dicetuskan oleh beliau.

“Informasi-informasi terkini menerusi slot video yang dimuatkan adalah mengenai perniagaan, keajaiban produk, fenomena filem dan jjuga testimoni produk keluaran HPM.

“Dengan kelebihan dunia jalur lebar pengguna dapat menyaksikan secara langsung segala maklumat terperinci mengenai kejayaan demi kejayaan yang doktor hasilkan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, memanfaatkan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi (ICT) adalah perkara terbaik dalam menjalankan bisnes.

“DDR adalah usahawan yang mempunyai video yang paling banyak dimuatkan di dalam laman Youtube dan mempunyai saluran sendiri di laman berkenaan,” kata pemilik jenama dR Rozmey itu.

Beliau berkata lagi, berbalik kepada asas yang paling utama dalam mencapai kejayaan besar itu adalah kredibiliti, integriti, visi dan misi besar serta kebolehan  untuk mencapai kejayaan yang luar biasas dan inilah yang pengguna inginkan.