DDR....antara produk yang bakal ditaja

JITRA, 3 SEPTEMBER – “Nantikan kemunculan program tajaan produk kesihatan jenama dR Rozmey yang bakal tiba tidak lama lagi,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut beliau, berpegangkan sikap keprihatinan terhadap masyarakat mngenai masalah kesihatan beliau bakal menaja 50 pengguna dengan produk 10 produk keluaran HPM antaranya seperti dRII, dR Betes, dR Hepar, dR Espresso XY dan Jus Mate 5 (JM5).

“Sebelum ini, program sebegini sudahpun dilakukan menerusi satu produk sahaja iaitu JM5 yang ditaja sebanyak 10 orang peserta yang mengalami masalah berlebihan berat  badan,” katanya.

Beliau berkata lagi, program tajaan untuk kali kedua ini adalah atas dasar cinta dan sayang beliau terhadap gagasan 1 Malaysia untuk demi mempertingkatkan kesihatan tubuh badan.

“Doktor mahu menaja mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan produk HPM seramai 50 orang tanpa mengira bangsa dan merupakan golongan yang berpendapatan rendah serta akan diberi bimbingan mengenai kaedah usahawan HPM.

“Jika keajaiban berlaku terhadap penggunaan produk hasil air tangan doktor ini rahsia kejayaan pengguna akan disiarkan diakhbar dan media elektronik sekaligus hadir sebagai testimoni HPM.

“Ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada pengguna mengenai keajaiban yang dialami malahan dijadikan sebagai bukti sekiranya mereka bergelar pengedar HPM.

“Jadi, jelaslah ianya bersesuaian dengan konsep yang diterapkan iaitu guna dulu baru jual yang bukan hanya merasai kenikmatan kesihatan saja malah bergelar usahawan yang berjaya sekiranya bertindak sebagai pengedar aktif HPM,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.