sumber: google

JITRA, 3 September – Sesetengah orang beranggapan makan hanya untuk mengisi perut dan ada juga yang makan bagaikan tiada esok untuk makan lagi.
Tabiat seperti ini perlu dijauhi dan setiap orang perlu mengamalkan hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan berkhasiat.
Sebaiknya makan mengikut keperluan fizikal. Contohnya, jika seseorang sangat aktif dalam aktiviti harian, makanan yang berkibohidrat amat penting untuk membantu dari segi tenaga.
Jika seseorang itu tidak aktif dan tidak banyak melakukan sebarang aktiviti, pengambilan makanan secara berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelak mendapat sebarang penyakit seperti obesiti.
Untuk menikmati kehidupan yang sihat, makan mengikut piramid makanan agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas.