DDR.....18 November milik 2 Alam

JITRA, 2 September – Kini seluruh Malaysia dihebohkan dengan kehadiran 2 Alam yang dikatakan mempunyai kualiti tersendiri dan membuatkan industri filem menjadi riuh rendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) perkara ini sudahpun terbukti menular di setiap pelusuk negeri yang menjadi buah mulut orang ramai dan juga pihak produksi lain malahan menghiasi ruangan-ruangan akhbar utama negara.

“Perkara ini berlaku kerana kehadiran sebuah karya yang bakal mengembalikan kegemilangan emas era filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu akan dihidangkan kepada penonton supaya menonton filem 2 Alam ini kerana ianya akan menyentuh perasaan, merobek jiwa dan meruntun hati mereka,” katanya.

Penerbit dR Movie Production itu berkata lagi, kehadiran filem ini juga memberikan kesan terhadap wartawan hiburan untuk menghasilkan penulisan yang hebat mengenai fenomena 2 Alam ini.

“Walaupun mereka tidak menyokong doktor untuk filem 2 Alam pecah panggung RM20 juta tetapi akibat fenomena cetusan doktor telah membantu untuk menyambung punca rezeki mereka supaya tidak kekeringan idea untuk menghasilkan karya penulisan walaupun penulisan mereka seolah-olah menjatuhkan doktor.

“Kekecewaan melihat bangsa sendiri bersikap seperti tidak redha dengan kejayaan dicipta menusuk kalbu namun ianya sedikit terubat dengan sokongan yang ditunjukkan oleh testimoni produk HPM yang menyokong sepenuhnya terhadap filem 2 Alam.

“Disamping itu, 2 Alam juga merupakan karya yang luar biasa, seram tanpa hantu, takut tanpa dialog dan sedih tanpa kata-kata serta adunan kesan bunyi yang hebat dan algu tema yang mengganggu perasaan penonton meletakkan fiem ini sebagai satu karya unik yang menjadi isu hangat dalam industri filem,” kata pengasas produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) itu lagi.

Advertisements