DDR......tidak keseorangan

JITRA, 2 September – “Belumpun masuk filem 2 Alam ke  panggung wayang serta penangguhan sebanyak dua kali yang menimbulkan pelbagai kontroversi kini sudah menjadi isu terhangat perbualan rakyat Malaysia,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut penerbit dR Movie Production, akibat daripada pelbagai kontroversi timbul ramai yang mempelecehkan termasuk warga seni dan wartawan hiburan yang memandang sinis terhadap kenyataan beliau.

“Walaupun mereka sebulat suara tidak menyokong dan menentang sekeras-kerasnya perjuangan doktor untuk filem 2 Alam namun doktor tidak keseorangan dalam memperjuangkan hak doktor untuk kepentingan bersama,” tegasnya.

Beliau berkata lagi, setelah sebanyak tiga kali berlaku penangguhan terhadap filem 2 Alam akhirnya penemuan kata putus mengenai tarikh tetap tayangan filem 2 Alam iaitu pada 18 November 2010.

“Ini jelaslah sekali bahawa kehebatan 2 Alam telah memukau pihak yang berkepentingan sehinggakan sanggup mensabotaj filem 2 Alam supaya tidak ditayangkan sekaligus mencipta sejarah untuk pecah panggung RM20 juta.

“Kini 30 juta rakyat Malaysia sudahpun berada dibelakang doktor malahan PFM, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan Persatuan Professional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) juga bersama-sama berjuang untuk memperhebatkan industeri filem dengan hasil karya seni yang tinggi nilainya.

“Jadi, jelas sekali dengan hasil kerjasama yang ditunjukkan ini adalah sebagai usaha untuk mengangkat martabat industri filem negara demi memajukan lagi industri ini bukan sahaja di Malaysia malahan peringkat antarabangsa,” katanya lagi.