DDR....sabar

JITRA, 1 September – “Sudah menjadi lumrah kehidupan seseorang bergelar ahli perniagaan dihadiahkan dengan kritikan dan cemuhan,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang bakal menghasilkan pelbagai lagi bisnes mengenai kesihatan dan kecantikan.

Menurutnya, perkara sebeginilah yang sering berlaku kepada beliau semenjak menjalankan bisnes mengenai produk kesihatan dan kecantikan sehinggalah penghasilan karya seni menerusia sebuah filem iaitu 2 Alam.

“Mereka yang melakukan perbuatan sebegini seolah-olah iri hati dengan kejayaan yang dimiliki oleh doktor hari ini dan juga seperti tidak mempunyai keinginan untuk melihat bangsa sendiri untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata lagi, mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dengan kritikan dan cemuhan dilemparkan bakal mengundang kejayaan dan inilah yang berlaku kepada beliau yang bersabar dengan tindakan kurang waras dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jika kita inginkan kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan segala kritikan dan cemuhan yang dilemparkan perlulah dijadikan sebagai pembakar atau dorongan semangat untuk menciptakan kejayaan kita sendiri dan jangan sesekali mudah berputus asa.

“Ini jelas sekali membuktikan bahawa kejayaan doktor dalam menghasilkan karya yang berprofil tinggi iaitu 2 Alam menimbulkan kontroversi yang menyebabkan doktor sendiri dikritik dan di cemuh pada peringkat awalnya namun kini semua rakyat Malaysia bersama-sama doktor untuk pecah panggung RM20 juta,” tambahnya lagi.