DDR....kekecewaan terubat

JITRA, 1 September – “Kemeriahan promosi dan cara luar biasa yang dilakukan terhadap 2 Alam menimbulkan kontroversi negatif oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dengan nada kecewanya.

Menurut DDR, beliau kecewa kerana masih ada lagi golongan yang mempunyai daya pemikiran yang cetek dan kolot sebegini dan berharap agar golongan sebegini berpaya untuk memajukan diri mereka sendiri.

“Namun kini kekecewaan doktor sedikit terubat kerana majoriti testimoni yang mengalami sendiri tentang keajaiban yang dicetuskan oleh dR. Rozmey menyokong seratus peratus terhadap filem 2 Alam yang merupakan filem mengisarkan perihal hidup masyarakat masa kini,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, hampir setiap hari testimoni yang menggunakan produk HPM melawati laman sosial dR. Rozmey memberikan sokongan positif terhadap filem 2 Alam dan mereka juga bersemangat untuk bersama-sama memecah pangggung RM20 juta.

“Perkara sebegini berlaku kerana fenomena yang telah dicetuskan  oleh doktor merupakan satu fenomena yang dilakukan bertujuan untuk membantu masyarakat dan menikmati kejayaan bersama-sama yang bukannya untuk kepentingan diri doktor sendiri.

“Doktor yakin bahawa dengan semangat dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh kesemua testimoni dan seluruh rakyat Malaysia filem 2 Alam mampu untuk pecah panggung RM20 juta malahan lebih daripada itu,” tambahnya.