2 Alam.......pecah panggung RM20 juta

JITRA, 1 September – “Ini yang hairannya, sedangkan jutawan Indonesia begitu teruja dengan kehebatan filem 2 Alam mengapa tidak rakyat negara sendiri,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika dihubungi semalam.

Menurut DDR, beliau bukannya mereka-reka cerita mengenai fenomena 2 Alam tetapi pihak pemamer dari Indonesia sendiri mengatakan bahawa filem ini boleh dijual.

“Jelaslah bahawa cara luar biasa mengikut acuan dR Rozmey memberikan impak yang positif bukan sahaja di negara Malaysia dan Malaysia malahan Indonesia,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) itu berkata lagi, fenomena mengenai filem 2 Alam ini sudahpun melanda dan menapak di negara Garuda itu.

“Kini, penduduknya tergigil-gigil dan demam mulai melanda serta keterujaan untuk bersama-sama pecah panggung filem 2 Alam yang akan ditayangkan 18 November 2010 serentak dengan Malaysia.

“Filem yang bakal mengembalikan kegemilangan era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu itu dianggap istimewa oleh pihak pemamer Indonesia kerana penceritaannya berkisarkan kisah kehidupan yang dipenuhi dengan pengajran serta mewujudkan sejuta keinsafan terhadap penonton.

“Ini bermakna penerimaan mereka terhadap fenomena yang berlandaskan nilai kejujuran dan kebijaksanaan dR Rozmey begitu menggalakkan dan mampu meraih keuntungan ratusan ribu ringgit hasil kerjasama erat mereka dengan DDR, katanya lagi.