DDR..kenang jasa pejuang tedahulu

JITRA, 30 Ogos – “Merdeka! Merdeka! Merdeka! Beginilah laungan serta pekikan suara Bapa Kemerdekaan iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang bebas daripada penjajahan pada detik bersejarah 31 Ogos 1957 beberapa tahun dahulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prmia Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dikesempatan ini beliau ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Kali Ke-53 dan sentiasa mengingati perjuangan masa lampau.

“Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan zahir tidak berguna sepenuhnya.

“Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah menghadapi kemerdekaan yang zahir adalah membina jiwa dan minda merdeka,” katanya ketika ditemubual dipejabat beliau semalam.

Beliau berkata lagi, kemerdekaan jiwa dan minda perlu dipupuk dengan sedalam-dalamnya kerana ianya merupakan peranan penting demi melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang.

“Demi mempertahankan kemerdekaan, generasi muda hari ini perlu menghayati perjuangan para pejuang kemerdekaan sejak mula dan berakhirnya sebuah penjajahan.

“Semangat perjuangan ini perlu diingatkan kembali agar generasi muda tidak leka dan merasa selesa dengan kenikmatan hasil titik peluh nenek moyang kita.

“Jika hasil daripada kebebasan adalah kerusakan dan keburukan maka ia bukan kebebasan yang kita inginkan tetapi kebebasan yang patut dihindari dan kemerdekaan hari ini perlulah dijaga demi untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga  dan nasib bangsa dan negara. Kemerdekaan sepatutnya diisi dengan program pemberdayaan dan pemerkasaan bangsa dan masyarakat,” katanya lai.