DDR....kecewa dengan kenyataan Siti Jarum

JITRA, 29 Ogos – “Siti Kasihan dengan dR Rozmey yang kini baru berjinak-jinak dengan dunia perfileman dan entah dekat tong sampah manalah yang beliau kuitp fakta-fakta yang mengarut mengenai 2 Alam.”

Inilah petikan kata-kata wartawan hiburan Siti Jarum di akhbar Mingguan ruangan Pancaindera yang seolah-olah ingin menjatuhkan bangsa sendiri.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), beliau berasa kecewa dengan tindakan wartawan yang juga berbangsa Melayu sanggup berperilakuan biadap sebegini.

“Siti Jarum tidak perlulah berkelakuan tidak berbudi bahasa seperti ini sekiranya Cik Siti tidak berpuas hati dengan apa yang sedang doktor lakukan.

“Doktor tidak menafikan bahawa penulisan Cik Siti memeang hebat serta berkemungkinan boleh menarik perhatian masyarakat tetapi ianya belum cukup hebat untuk mengangkat martabat filem negara filem negara tanpa usaha seperti doktor lakukan hari ini,” katanya.

Beliau berkata lagi, wartawan hiburan seperti Cik Siti kini cetek pemikirannya dalam memikirkan apa yang berlaku kepada industri filem Malaysia.

“Doktor ingin mengingatkan Cik Siti bahawa usaha untuk memartabatkan filem Malaysia untuk setaraf antarabangsa tidak semudah seperti bercakap dan menulis.

“Peranan wartawan dalam usaha untuk mempertingkatkan usaha memartabatkan iindustri filem Malaysia adalah dengan menganalisa caranya terlebih dahulu bukan menulis penulisan yang mengaibkan dan menjatuhkan orang lain.

“Jadi, demi mempertingkatkan dan memartabatkan filem Melayu golongan sebegini perlulah dibendung supaya industri perfileman kita dapat berkembang maju dan pihak produksi lain bebas untuk berkarya,” kata penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements