DDR.......beri komen membina

JITRA, 29 Ogos – “Kalau cintakan filem tempatan, berilah komen membina bukannya komen yang menjatuhkan orang,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika mengulas lanjut mengenai wartawan hiburan hari ini.

Menurut DDR, beliau menasihati wartawan hiburan supaya berfikir dahulu sebelum memberikan komen yang berunsur negatif sebegini dan tidak menjadi salah sekiranya mereka melemparkan komen yang berunsur membina bukannya kritikan yang melampau.

“Rata-rata wartawan hiburan tidak menyokong dan tidak meyakini doktor, malah ada yang bercakap bahawa tindakan doktor tidak masuk akal dengan meletakkan sasaran yang diluar jangkaan,” katanya ketika ditemui dipejabat beliau.

Beliau berkata lagi, belumpun filem 2 Alam ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia filem 2 Alam sduah dijemput oleh dua jutawan muda Indonesia yang terpikat dengan hasil karya seni doktor untuk pecah panggung di negara Garuda itu.

“Disini, timbul satu persoalan di kotak fikiran doktor mengenai filem 2 Alam ini dimana masyarakat luar boleh menerima hasil karya yang doktor ciptakan tetapi mengapa tidak rakyat di negara sendiri menyokong seratus peratus demi mengembalikan era kegemilangan filem Melayu.

“Doktor tidak menghalang wartawan hiburan negara ini untuk berkarya menghasilkan penulisan yang hebat-hebat belaka tetapi sebelum membuat sesuatu komen mereka perlulah menganalisa terlebih dahulu apa yang doktor sedang usahakan.

“Jadi, doktor berharap jika wartawan ingin melihat industri perfileman Malaysia berkembang maju maka mereka perlulah berubah sikap dan jika tidak doktor sarankan supaya mereka berhenti menulis perkara yang boleh membuatkan industri filem negara mundur,” katanya lagi

Advertisements