Slimming Suit membantu wanita untuk tampil dengan kelihatan anggun dan jelita

JITRA, 27 Ogos – “Slimming Suit yang akan diperkenalkan oleh Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) dalam membantu pengguna untuk mendapatkan tubuh yang menarik bakal berada dipasaran selewat-lewatnya Januari 2011 nanti,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Dalam usaha untuk memasarkan produk terbaru itu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) akan mengadakan promosi secara besar-besaran diseluruh Malaysia.

Menurutnya, majlis pelancaran produk terbarunya ini akan diadakan di Hotel terkemuka di ibu negara dengan dihadiri tetamu kehormat, selebriti, artis dan pragawati terkenal.

“Jadi, doktor menjangkakan Slimming Suit ini bakal memberikan kejutan kepada pengguna dan mampu dijual dengan mudah menerusi fenomena yang bakla dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, produk terbaru Slimming Suit itu yang dicipta khas menggunakan teknologi Infra Red dan Batu Jade mampu mengaktifkan serta meningkatkan sistem darah, limfatik, mengaktifkan molekul air dan membakar lemak pada tubuh.

Selain itu, rekaan menggunakan teknologi nano yang dibawa khas dari Jepun menjadikan produk Slimming Suit adalah sebagai pelengkap kepada pengguna produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

“Doktor percaya sekiranya produk ini digunakan bersama JM5 mengikut diet yang diberikan Slimming Suit mampu memberikan bentuk tubuh yang cantik dan menawan seperti wanita masa kini idam-idamkan.

“Disamping itu, produk ini akan dipasarkan melalui kaedah ypemasaran mengikut acuan dR Rozmey iaitu pengguna di peringkat pertama layak mendapat insentif RM390 dan peringkat kedua RM190,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Advertisements