DDR...pemurah

JITRA, 27 Ogos – “DDR pemurah orangnya,” kata salah seorang staf di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang memuji sikap pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu semalam.

Menurut Nor Azura Dan, 25, DDR merupakan seorang ketua yang dicontohi oleh warga HPM kerana sikapnya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjanya.

“Setiap kali menjelma bulan ramadhan dan syawal sudah semestinya warga HPM mendapat bonus daripada beliau,” katanya ketika ditemui disini.

Katanya lagi, bukan itu sahaja malah bonus harijadi juga diberikan kepada warga HPM sebagai tanda penghargaan daripada beliau kerana berkhidmat di HPM.

“Selain itu, tanggungjawab sosial juga tidak pernah beliau abaikan kerana beliau menganggap bahawa warga HPM adalah merupakan tonggak utama kejayaan HPM.

“Sikap pemurahnya itu kini menjadi perbualan seluruh rakyat utara tanahair terutamanya penduduk Jitra, Kedah kerana menghulurkan pelbagai sumbangan untuk membantu golongan masyarakat yang tidak berkemampuan sempena di bulan mulia ini.

“Selama dua tahun berkhidmat di HPM saya tidak pernah sesekali berasa tidak selesa berada dibawah naungan DDR dan akan berusaha gigih untuk membantu memajukan HPM serta diri sendri,” katanya yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Advertisements