DDR...pencetus fenomena

JITRA, 25 Ogos – “Sejarah bakal tercipta pada tanggal 18 November 2010 di dalam industri perfileman Malaysia,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau, hal ini adalah kerana kehadiran 2 Alam yang memberikan nilai positif terhadap masyarkat dan kepentingan bersama terhadap produksi filem yang lain.

“Filem 2 Alam merupakan filem merupakan filem yang mempunyai kreativiti tersendiri dan mesej-mesej yang mendorong ke arah kebaikan yang dihasilkan untuk rakyat bersama-sama melahirkan keinsafan di dalam diri mereka.

Katanya lagi, kesan positif yang memberangsangkan telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap 2 Alam merupakan faktor  filem ini dianggap sebagai filem berprofil tinggi kerana kelainan yang dilakukan menepati citarasa khalayak,” katanya.

“Jadi, detik bersejarah ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh fanatik dR. Rozmey malahan seluruh warga Malaysia yang ingin mendalami dan mengetahui tentang keajaiban fenomena dR Rozmey didalam industri filem pula.

“Selain itu, jelaslah bahawa kehadiaran filem 2 Alam bukan untuk menjadikan bahan gurauan tetapi sebuah filem berunsur pendidikan untuk dijadikan pengajaran supaya umat manusia tidak leka terhadap Maha Pencipta,” katanya lagi.

Advertisements