DDR...nasihat wartawan

JITRA, 24 Ogos – “Jangan sesekali pertikaikan mengenai filem 2 Alam jika anda tidak tahu nilai seninya,” tegas Datuk Dr Che Rozmey (DDR) menjawab balik mengenai kenyataan wartawan terhadap filem 2 Alam.

Menurut DDR, kenyataan seorang wartawan Harian Metro iaitu saudari Hartati Hassan Basri, mengenai penulisannya terhadap 2 Alam semalam seolah-olah ingin menjatuhkan 2 Alam dan filem Melayu.

“Jangan sesekali membuat andaian yang tidak benar mengenai 2 Alam kerana 2 Alam bukannya filem yang dihasilkan untuk menjadi bahan kutukan dan cemuhan tetapi digarap untuk memberikan kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat,” katanya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu perkara yang membuatkan masyarakat kini dilanda demam untuk menonton filem 2 Alam.

“Jadi , penulis tidak berhak membuatkan keputusan mengenai fenomena filem 2 Alam kerana ini adalah cara yang luar biasa yang doktor cipta serta kehadiran 2 Alam bukan untuk dipermainkan namun menjadi pendorong terhadap pihak produksi yang lain.

“Sehubungan itu, dengan berbekalkan prinsip kehidupan yang berlandaskan kejujuran dan kesabaran doktor percaya bahawa fenomena 2 Alam bajal pecah panggung RM20 juta malah lebih daripada itu dan ianya juga bakal memberikan impak yang positif terhadap masyarakat,” kata penerbit dR Movie production ketika ditemui dipejabat beliau.

Advertisements