DDR...luar biasa

JITRA, 20 Ogos – Belumpun memasuki panggung wayang diseluruh Malaysia 2 Alam sudah dilamar pemamer Indonesia,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika dihubungi tadi.

Menurut DDR, hal ini dianggap satu keistimewaan terhadap pihak produksi kerana menghasilkan karya yang begitu unik dan berprofil tinggi sehingga membuatkan masyarakat luar begitu teruja dengan kehadirannya.

“Fenomena mengenai filem 2 Alam ini patut dibanggakan juga oleh pihak produksi kerana layak tersenarai di dalam filem terbaik 2010 seiringan dengan filem-filem lain yang mempunyai produksi hebat pada masa kini,” katanya.

Penerbit dR Movie Production itu berkata lagi, berkemungkinan filem 2 Alam ini dilamar adalah kerana penceritaan perihal masyarakat kini yang leka dibuai dengan kenikmatan dunia tidak langsung memikirkan pembalasan yang bakal diterima kelak mempunyai nilai dan kualitinya tersendiri.

“Jadi tidak hairanlah walaupun filem 2 Alam berlaku penangguhan sebanyak beberapa kali namun 1 rakyat Malaysia masih lagi menyokong dan menunggu kehadiran 2 Alam yang mempunyai nilai seni yang yang untuk pecah panggung RM40 juta.

“Filem 2 Alam ini bakal memberikan sejuta keinsafan dan kesedaran terhadap masyarakat seterusnya melahirkan insan yang cemerlang serta mempunyai pemikiran yang baik dan juga dapat mendorong masyarakat supaya terhindar dari gejala sosial yang semakin berleluasa kini,” katanya yang kini sedang hangat menjadi perbincangan industry perfileman Malaysia.

Advertisements