DDR......luar biasa

JITRA, 19 Ogos – “Kini hanya tinggal 91 hari lagi untuk rakyat 1 Malaysia merasai satu lagi keajaiban dan fenomena dR Rozmey yang segalanya bakal terjawab tanggal 18 November 2010 ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Menurut DDR, kehangatan tanggal tarikh penayangan filem 2 Alam itu semakin terasa kehangatannya sekaligus membuatkan fanatik dR Rozmey menarik nafas lega.

“Kehangatan bahang 2 Alam juga bakal melanda Indonesia setelah pihak pemamer Indonesia ingin membawa fenomena 2 Alam ini untuk disajikan kepada penduduk negara Garuda itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) itu berkata, jelas sekali bahawa sesuatu yang dihasilkan oleh beliau mengikut acuan tersendiri adalah berbeza berbanding pihak produksi sebelum ini.

“Hal Ini juga disebabkan oleh fenomena dR. Rozmey bersama Kosmo! dalam mempromosikan filem 2 Alam dan kenadirannya memeriahkan industri filem negara.

“Inilah juga yang dikatakan kebolehan luar biasa yang beliau cipta, keajaiban, dan kejayaan untuk rakyat,Bukan hanya hiburan yang dapat diperoleh tetapi pengajaran-pengajaran dari mesej tertentu memberikan pedoman dan pegangan di dalam kehidupan,” tambah penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements