DDR...jujur

JITRA, 19 Ogos – Akibat dari pencetusan fenomena 2 Alam penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dikatakan seseorang angkuh dan sombong dalam menguar-uarkan kehebatan 2 Alam.

Menurutnya beliau bukannya merupakan seorang individu yang mempunyai sifat sedemikian dan menegaskan bahawa beliau adalah seseorang yang sederhana dan penuh tanggungjawab.

“Kritikan ini sememangnya menjadi lumrah seseorang yang bergelar ahli perniagaaan akan tetapi apa yang doktor perjuangkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi adalah hak milik bersama berlandaskan prinsip yang doktor ciptakan iaitu kejujuran dan kesetiaan,” katanya.

Katanya lagi, seperti perumpamaan sekiranya doktor melihat sesuatu yang indah serta sedap mata memandang sudah semestinya doktor menceritakan keindahan dan kecantikan yang tidak puas dilihat hanya sekilas pandang.

“Jadi, mereka akan melabelkan doktor sebagai seorang yang angkuh dan sombong kerana mereka belum menghayati keindahan yang doktor uar-uarkan kepada mereka itu.

“Sehubungan itu, perkara yang paling penting untuk menghayati keindahan yang digambarkan itu adalah kita harus berusaha, jujur dan fokus dengan cara tersendiri,” tambah penerbit dR Movie Production itu tadi.

Advertisements