jenama yang melanda Indonesia

JITRA, 17 Ogos – “Bermulanya dari filem sehinggalah segmen bisnes yang doktor jalankan dengan strategi tersendiri yang berjaya memukau ahli perniagaan dari Indonesia,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurutnya, kini Indonesia sudahpun menggemari label jenama dR Rozmey kerana dikatakan mempunyai unsur yang luar biasa dan penggunaan cara baru yang ditunjukkan oleh beliau.

“Pada awalnya, doktor hanya menjalankan perbincangan mengenai 2 Alam akan diterbangkan ke Indonesia untuk ditayangkan di sana kerana pemamer Indonesia merasakan bahawa filem 2 Alam ini bakal memperoleh keuntungan lumayan,” katanya.

Katanya lagi, disebalik perbincangan 2 Alam beliau juga berbincang mengenai segmen bisnes yang memberikan keuntungan berlipat ganda yang kini sudahpun jelas terbukti di Malaysia.

“Namun akibat daripada hasil perbincangan itu, ahli perniagaan dari Indonesia amat teruja dengan formulasi mengenai segmen bisnes yang mampu mencapai kejayaan dalam masa yang pantas dan kekal.

“Mereka kini mahu bersama-sama dengan fenomena dR Rozmey yang doktor cetuskan kerana yakin dengan bilangan penduduk Indonesia yang begitu padat mampu menghasilkan impak bisnes berpuluh kali ganda berbanding Malaysia,” katanya lagi ketika ditemui di pejabat beliau di Jitra, tadi.

Advertisements