DDR.....luar biasa

JITRA, 15 Ogos – “Sedang seluruh rakyat Malaysia menggigil-gigil dan teruja menantikan kehadiran filem 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta fenomena mengenai 2 Alam sudahpun melanda Indonesia,” kata Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui dipejabat beliau.

Menurut DDR, pada mulanya filem fenomena 2 Alam hanya berlaku di Malaysia akan tetapi akibat daripada fenomena yang luar biasa dilakukan oleh beliau menyebabkan ianya turut melanda negara jiran seperti Brunei dan Singapura dan yang terbaru kini adalah Indonesia.

“Hal ini berlaku adalah kerana sifat luar biasa yang dilakukan dalam menghasilkan sesebuah filem yang mempunyai nilai seni yang begitu tinggi, mesej yang jelas dan nilai penceritaan yang mampu menghairahkan kehendak penonton dalam melihat fenomena yang dicetuskan,” katanya.

Katanya lagi, filem yang mengisahkan dosa yang dilakukan oleh makhluk Allah yang bergelar manusia menerima balasan setimpal dalam perjalanan menuju kepada Maha Pencipta.

“Fenomena 2 Alam yang memberi sejuta keinsafan mengajak umat manusia menghambakan diri sejenak mengenagkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan serta memohon keampunan dari Allah Yang Esa sebelum dijemput menghadap-Nya.

“Ternyata tempoh 90 minit bukan hanya sekadar filem yang semata-mata dianggap hiburan tetapi sejuta pelajaran serta pengajaran bakal diperolehi kepada golongan manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan,” kata penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements