DDR..alu-alukan kedatangan pelanggan ke RBSFC

JITRA, 13 Ogos – Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang bertapak di utara tanahair Jitra, Kedah telah menawarkan promosi hebat dan sambutannya begitu menggalakkan sejak Jun lalu.

Jadi menyedari bahawa promosi yang dijalankan memberi impak positif terhadap RBSFC promosi tersebut diteruskan sehingga ke hujung tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) rawatan kecantikan yang dijalankan selama satu sesi iaitu tiga jam mampu memberikan perubahan pantas terhadap pengguna.

“Dengan menjalani rawatan di RBSFC pengguna dapat merasai kepuasan maksima terhadap perubahan diri mereka yang kelihatan cantik dan anggun.

Katanya lagi, kadar harga yang dikenakan terhadap pelanggan yang menjalani rawatan selama satu sesi adalah RM100 berbanding dengan kadar harga sebelumnya iaitu RM450.

“Promosi yang ditawarkan oleh RBSFC begitu berpatutan harganya berbanding dengan pusat rawatan kecantikan yang lain tanpa memberikan kesan seperti yang dingini oleh pelanggan.

“Selain itu, RBSFC juga mempunyai pakar kecantikan yang terlatih dan menggunakan mesin berteknologi canggih dari luar negara untk membantu pelanggan tampil dengan kelihatan langsing dan bergaya,” katanya ketika ditemui.

Advertisements