DDR......idea kreatif

JITRA, 11 Ogos – “Fenomena yang luar biasa.” Inilah cara doktor memartabatkan bangsa dan meraih kejayaan yang doktor nikmati sekarang,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Menurut DDR, cara luar biasa yang dilakukan oleh beliau kini dilihat menerusi kejayaan fenomena 2 Alam yang dicetuskan oleh beliau yang dikatakan dapat mempertingkatkan martabat filem di mata dunia.

“Bukan itu sahaja, filem ini juga berjaya memikat hati pemamer dari Indonesia mengenai penceritaan yang menggambarkan kehidupan budaya sosial diakhiri dengan memperoleh sejuta keinsafan dan pengajaran untuk penonton,” katanya.

Beliau berkata lagi, selepas dilihat kejayaan mengenai fenomena 2 Alam, beliau mengadakan perbincangan bersama pihak produk dR Movie Production untuk menghasilkan sebuah filem yang berkisarkan kehidupan yang berjudul “My Name Is Rozmey.”

“Filem yang akan dihasilkan ini adalah mengenai kisah doktor sendiri yang bermulanya dari kisah benar kejayaan doktor, kisah cinta dan dari awal kelahiran doktor hinggalah kini yang bakal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Insyallah, selepas doktor selesai mengerjakan umrah dan kembali ke tanahair, penggambaran untuk filem ini akan dilangsungkan dengan melibatkan dua buah negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand,” katanya ketika ditemuramah selepas Majlis Bacaan Yassin di HPM semalam.

Advertisements