staf HPM tenaga kerja yang berdisiplin

JITRA, 10 Ogos – Pekerja yang berada di syarikat naungan dR Rozmey kini mencecah sehingga 300 pekerja dalam menjalankan pelbagai urusan dan menyediakan perkhidmatan terbaik terhadap pelanggan.

Terdapat pelbagai bahagian di dalam Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) seperti Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dan dR Movie Production.

Menurut pemilik syarikat dR Rozmey Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) warga HPM merupakan tenaga pekerja yang berdisiplin di dalam melakukan sesuatu tugas.

“Mereka juga begitu bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan untuk memperkukuhkan dan memajukan lagi prestasi syarikat yang semakin menempa nama di Malaysia,” katanya.

“Selain itu, mereka juga sangat menitikberatkan mengenai ketepatan masa sewaktu datng bertugas sehinggalah dalam melakukan segala tugasan yang diberikan untuk memudahkan dan melancarkan proses sesuatu pengurusan,” tambahnya.

Advertisements