sumber: google

JITRA, 7 Ogos – Makanan adalah penting untuk kehidupan seharian. Darinya, tenaga akan diperoleh untuk kita menjalankan aktiviti harian. Tanpa tenaga, kita akan lemah dan sugul.

Namun begitu, jika makan dengan kerap akan mengundang masalah lain seperti kegemukan atau obesiti. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kuantiti makanan yang diambil bertepatan dengan nutrien yang diperlukan.

Untuk kekal langsing dan sihat, anda perlu makan dengan sikit dan sederhana namun kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Anda perlu amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar.

Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Advertisements