sumber : google

JITRA, 6 Ogos – Produk sejenis minuman kesihatan dRQ10 merupakan produk keluaran Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang dihasilkan untuk membantu pengguna yang mengalami masalah lemah jantung dan serangan stroke.

Formulasi terhebat dengan hasil ramuan terbaik ini dirumus khas dengan ramuan seperti serbuk biji anggur yang membolehkan produk ciptaan dR Rozmey ini amat berkesan, selamat dan ajaib.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) produk yang dihasilkan oleh dR Rozmey ini adalah melalui penyelidikan dan kepakaran dalam menghasilkan formulasi yang terbaik, berkesan dan murah.

“Serbuk biji anggur ini kaya dengan protein, flavonoids, dan bioflavonoids yang mampu menambah dan melancarkan perjalanan darah serta menguatkan dinding kapilari,” katanya.

Katanya lagi, ianya juga memulihkan kes-kes kekurangan pengedaran darah di salur darah vena dan vena varicose.

“Disamping itu, Flavonoids juga mampu membantu merawat kecederaan sel akibat serangan radikal bebas, berfungsi merawat penyakit disebabkan keuzuran seperti kerosakan marcular, meningkatkan penglihatan waktu malam.

“Manakala Procyanidin dalam serbuk biji anggur ini juga mampu melebatkan rambut dengan membantu pertumbuhan rambut,” kata pengasas formulasi produk keluaran HPM.

Advertisements