ramuan terpilih di dalam dR Betes

JITRA, 6 Ogos – Produk keluaran Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang semakin popular kini adalah produk ciptaan formulasi terhebat dR Rozmey iaitu dR Betes yang dihasilkan untuk membantu pesakit yang menghadapi penyakit kencing manis.

Antara empat ramuan terpilih di dalam kandungan dR Betes adalah seperti  Whey Protein, White Kidney Bean, Stevia Leaf dan Biotin dalam mempertingkatkan kesihatan diri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) empat ramuan terpilih ini dirumus khas dalam kandungan dR Betes untuk membanteras penyakit kronik itu.

“Kandungan Whey Protein dalam produk ini amat berguna dalam menambahkan protein dalam badan dan biasanya digunakan oleh mereka yang ingin menambah otot badan serta meningkatkan tisu sintesis,” katanya.

Katanya lagi, White Kidney Bean pula mampu menormalkan kadar penggunaan kabohidrat yang ditukarkan kepada gula yang diserap dari usus dan mengurangkan kalori yang diambil.

“Kandungan Stevia Leaf pula adalah berfungsi dalam merawat  masalah penghadaman, hati dan usus serta ramuan Biotin pula amat diperlukan untuk pertumbuhan otot dan membantu gula ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan seharian.

“Kandungan seperti Biotin juga mampu mempertingkatkan metabolisma amino asid dan kabohidrat dan membantu sesetengah enzim yang diperlukan badan untuk berfungsi secara normal,” ujarnya yang dulu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Advertisements