MASALAH KULIT (sumber gambar : google)

JITRA, 6 Ogos —Punca masalah kulit adalah gangguan tenaga sel hempedu yang gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk mengeluarkan anti toksin yang sepatutnya menjadi penawar kepada toksin yang datang dari pelbagai makanan berasid yang mengandungi toksik dari racun sayuran dan sebagainya.

Selain itu juga gangguan tenaga sel hati gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk memproses bahan makanan yang diserapkan kepada sel darah.

Kegagalan otak menghantar isyarat yang tepat untuk organ-organ di atas bertindak balas dengan makanan yang dimakan.

Tahap keracunan dalam darah yang tinggi hasil salah satu kombinasi ketiga-tiga sebab di atas mencapai satu tahap di mana kesannya akan dikeluarkan melalui liang roma dan kulit.
Racun inilah yang menjadikan rasa gatal, merosakkan sel kulit selepas jangka masa yang panjang dan seterusnya mematikan sel-sel kulit pada tahap kronik.

Advertisements