RBSFC...gamit pelanggan

JITRA, 5 Ogos  – “Tiga jam satu kilo.” Inilah perubahan berat badan yang berlaku kepada pelanggan selepas menjalani rawatan di Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC),” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Menurut DDR, RBSFC kini menjadi kegilaan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti untuk tampil memiliki bentuk tubuh yang menawan kini dilihat mendapat sambutan yang menggalakan.

“Hal ini kerana rawatan satu sesi selama tiga jam yang diberikan dapat menurunkan sebanyak satu kilogram berat badan dan ianya sesuatu perubahan yang menakjubkan,” katanya.

Katanya lagi, perubahan sebegini benar-benar terjadi kerana ianya adalah hasil gabungan daripada beliau serta mesin berteknologi canggih dari Jepun, Taiwan dan Jerman.

“Ianya memberikan impak yang begitu berkesan dan membuatkan pengguna berasa kagum dengan perubahan terhadap penurunan berat badan hanya dalam jangkamasa yang singkat.

“Jadi, dengan pelaburan yang dibuat di RBSFC doktor melihat ianya memberikan pulangan yang berbaloi terhadap pengguna berbanding pusat rawatan kecantikan yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu ketika ditemuramah.

Advertisements