DDR....minda positif

JITRA, 5 Ogos – “Kejayaan dalam melariskan sesuatu barangan yang ingin dijual terhadap khalayak bermula daripada sifat kreativiti pemiliknya dalam mempromosikan produk atau barangan yang telah dihasilkan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, kehadiran filem 2 Alam yang telah mengejutkan rakyat 1 Malaysia serta industri filem di negara ini dengan penjualan filem sulongnya iaitu 2 Alam sudah jelas terbukti dengan pencetusan yang dilakukan.

“Tahap keyakinan yang tinggi dan keberanian menanggung segala risiko perlu ditanamkan di dalam diri adalah penting bagi memastikan sesuatu perkara yang dibuat adalah mengikut landasan yang betul dan tidak terpesong dari apa yang dirancangkan,” katanya.

Katanya lagi, usaha untuk memastikan segala perancangan berjaya mengikut acuan tersendiri beliau berani dalam merencanakan strategi luar biasa yang pada zahirnya mungkin sukar diterima.

“Jadi, bertindak sebagai pengasas sesuatu produk yang dihasilkan nilai kreativiti dalam melakar kejayaan mengenai produk ternyata amat penting untuk melariskan produk yang dijalankan,” katanya ketika ditemuramah tadi.

Advertisements