DOc-K rawat penyakit gout

JITRA, 4 Ogos – Penyakit lenguh-lenguh dan sakit sendi kini semakin menular di Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan golongan warga emas dan individu yang bergiat aktif di dalam sukan diseluruh Malaysia.

Hal ini menyebabkan kesihatan tubuh badan mereka menjadi tidak seimbang dan akan menyukarkan mereka untuk bergerak menjalankan aktiviti yang dirancang.

Menurut Ketua Pegawai Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) Doc-K adalah penawar bagi golongan warga emas dan individu di Malaysia untuk menghilangkan penderitaan  yang dihadapi oleh mereka sekaligus membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka.

“Formulasi yang telah dihasilkan di dalam Doc-K mengandungi ramuan seperti Marine Collagen untuk mempercepatkan pembentukan dan membaiki rawan sendi yang rosak,” katanya yang dulu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Katanya lagi, vitamin C juga terkandung di dalam ramuan itu bagi membantu memulihkan rawan sendi yang rosak dan mempercepatkan kesan tindak balas celery serta collagen dalam pembentukan rawan sendi manakala serbuk halia pula berfungsi membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan setempat.

“Jadi dengan keajaiban kandungan Doc-K mereka dapat melakukan aktiviti yang dirancang tanpa sebarang kerisauan dan tahap kesihatan mereka akan turut meningkat,” ujarnya lagi ketika ditanya mengenai produk beliau.

Advertisements