DDR...tabah

JITRA, 4 Ogos – ‘Mati Hidup Semula.’ Inilah ungkapan yang sesuai dikaitkan dengan Ketua Pegawai Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang berkait rapat dengan perjalanan kehidupannya sebelum menciptakan pelbagai kejayaan.

Menurut DDR, perumpamaan yang mempunyai penceritaan dengan pengalaman hidup yang diibaratkan seperti mati dan kemudian dihidupkan semula menyerupai kisah hidup sebenar kehidupan beliau pada suatu masa dahulu.

“Doktor dahulunya boleh diklasifikasikan sebagai seseorang yang sudah mati kerana mengalami muflis teruk di dalam perniagaan yang doktor ceburi berpunca daripada individu yang iri hati terhadap doktor dan kini doktor hidup kembali dengan fenomena yang dicetuskan yang dilihat semakin disokong oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, selepas mengalami kejatuhan yang begitu mendadak doktor seperti hilang punca untuk meneruskan kehidupan tetapi akibat dari dorongan arwah isteri menjadi pembakar semangat untuk doktor bangun semula.

“Dengan berpegang teguh terhadap prinsip dan semangat jati diri doktor memperolehi kejayaan seperti sekarang serta berkongsi dengan masyarakat mengenai kejayaan yang diciptakan oleh fenomena yang doktor cetuskan.

“Setelah doktor bangun dengan semangat dan azam baru sedikit demi sedikit doktor lancarkan strategi untuk membangunkan nama dR Rozmey dan segala usaha yang telah dilakukan kini doktor bangga dengan kejayaan hasil usaha tangan doktor sendiri,” ujar pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu ketika ditemui.

Advertisements