DDR....kejujuran sifat keperibadian yang mulia

JITRA, 3 Ogos (HPM) – “Sifat kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemubual tadi.

Menurut DDR, sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini.

“Oleh itu, dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri individu mengenai sifat keperibadian iaitu kejujuran dapat meyakinkan pengguna terhadap pelbagai pekerjaan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan memiliki keperibadian yang mulia ini segala urusan yang dilakukan melibatkan kedua mahupun ketiga akan dilakukan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan dan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun organisasi.

“Jadi, sifat sebegini seharusnya menjadi pegangan utama terhadap seseorang individu terutamanya golongan ahli perniagaan seperti doktor dan perlu dikekalkan bagi membantu mereka menempa kejayaan yang tidak ternilai harganya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing itu.

Advertisements