DDR.....berusaha untuk meraih kejayaan fenomena 2 Alam

JITRA, 2 Ogos (HPM) – Sebaik sahaja selesai pembikinan dan promosi tentang filem 2 Alam karya sulong dR Movie Production ini segala usaha kerja keras dan penat lelah penerbit serta krew dR Movie Production dikatakan berbaloi kerana filem itu menemui tarikh sebenar penayangannya.

Filem 2 Alam yang menimbulkan pelbagai kontroversi akibat penangguhan yang dilakukan sebanyak tiga kali dikatakan mampu untuk meraih kutipan RM20 juta yang bakal ditayangkan pada November nanti.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) beliau rasa amat gembira dan berterima kasih kepada industri kerana beliau mampu memberi secebis usaha untuk mengangkat martabat industri dan bisnes.

“Syukur Alhamdulillah, niat ikhlas dan serta pengorbanan, tenaga, masa dan modal dari doktor memberikan manfaat kepada rakyat dan industri tanahair seperti yang dijangkakan,” katanya.

Katanya lagi, setiap penyuntingan, pembikinan dan cara penjualan  filem yang dilakukan oleh beliau diberi pujian oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengatakan bahawa 2 Alam ialah filem yang mempunyai kualiti dan keistimewaan sendiri.

“Akibat daripada penemuan keputusan mengenai tarikh 2 Alam, rakyat yang dahulunya melemparkan cemuhan dan kritikan terhadap pencetusan fenomena 2 Alam kini bersama-sama doktor,” ujar penerbit dR Movie Production itu ketika ditemui.

Advertisements