dR Silky mengembalikan keremajaan kulit

JITRA, 2 Ogos  (HPM) – Golongan wanita masa kini amat mementingkan keanggunan dan kejelitaan rupa paras wajah mereka yang dianggap satu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Jadi, sedar dengan keadaan yang berlaku ini pihak Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menghasilkan satu produk kecantikan iaitu dR Silky yang memberikan golongan wanita masa kini memiliki kulit cantik dan putih berseri seperti yang diidam-idamkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) satu penyelidikan telah dijalankan untuk menghasilkan satu produk seperti dR Silky yang mampu  menjaga kesihatan dan kecantikan wanita dari luar dan dalam iaitu yang bertindak merawat  bentuk badan dan kulit wanita.

“Produk dR Silky ini adalah penawar untuk wanita di seluruh Malaysia yang mengidamkan kejelitaan dan tiada kesan sampingan yang akan berlaku kerana ramuannya hanya daripada vitamin dan herba terpilih sahaja yang digunakan untuk menghasilkan dR Silky ini bagi membantu kaum wanita di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, dengan formulasi ajaib dR Silky wanita yang ingin memiliki kecantikan seperti yang diidam-idamkan  tidak perlu lagi memikirkan masalah yang dihadapi.

“Jadi, doktor mengesyorkan pengguna menggunakan dR Silky kerana ianya dapat membantu mengubah diri mereka bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk mengekalkan kesihatan diri mereka dan produk ini mudah, selamat dan amat berkesan,” katanya ketika ditemuramah.

Advertisements