2 Alam......18 November 2010

JITRA, 1 Ogos (HPM) – Kini seluruh Malaysia dihebohkan dengan kehadiran 2 Alam yang dikatakan mempunyai kualiti tersendiri dan membuatkan industri filem menjadi riuh rendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) perkara ini sudahpun terbukti menular di setiap pelusuk negeri yang menjadi buah mulut orang ramai dan juga pihak produksi lain.

“Perkara ini berlaku kerana kehadiran sebuah karya yang bakal mengembalikan kegemilangan emas era filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu akan dihidangkan kepada penonton supaya menonton filem 2 Alam ini kerana ianya akan menyentuh perasaan, merobek jiwa dan meruntun hati mereka,” katanya.

Katanya lagi, filem 2 Alam ini yang menceritakan perihal masyarakat kini telah dijalankan penyelidikan selama lima tahun sebelum penghasilannya demi memberikan kesan yang positif dalam mewujudkan sejuta keinsafan terhadap penonton.

“Disamping itu, 2 Alam juga merupakan karya yang luar biasa, seram tanpa hantu, takut tanpa dialog dan sedih tanpa kata-kata serta adunan kesan bunyi yang hebat dan algu tema yang mengganggu perasaan penonton meletakkan fiem ini sebagai satu karya unik yang menjadi isu hangat dalam industri filem,” katanya lagi.

Advertisements