PASUKAN yang dibarisi Mohd Sofee Wahab, Noor Afni Mohd Fadzin, Siti Haliana Abdullah  dan Nur Syazwani muncul juara dalam pertandingan bowling antara kakitangan Herba Prima Marketing (HPM) di Pusat Bowling Aneka, Jitra, semalam.

Dengan 534 jatuhan pin, pasukan itu berjaya menewaskan 10 pasukan lain yang turut serta serta dalam pertandingan yang julung kali diadakan itu.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan  yang dibarisi oleh  Ahmad Anuar, Syazwani, Shahira, Mahfuzah dan Norazilah Jamaluddin manakala tempat ketiga dengan 476 jatuhan pin dimenangi oleh kumpulan yang disertai oleh  Intan Syafinaz, Siti Rohani Hashim, Nor Syazana, Rohhaya Che Din dan Norliza Abd Ghani.

Pertandingan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi HPM itu berjaya mencapai objektifnya  dan pertandingan yang sama juga akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini untuk memberi  peluang kepada kakitangan HPM  yang lain untuk menyertai aktiviti riadah itu.

Advertisements