JITRA, 27 JULAI – Semua produk Herba Prima Marketing termasuk produk Pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) boleh diperolehi dari ibu pejabat dan pengedar aktif HPM.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Rozmey  Che Din berkata, semua produk akan dikeluarkan dari ibu pejabat HPM terus kepada pengguna  melalui agen penghantaran Skynet secara percuma.

Beliau berkata, melalui sistem belian online, pengguna boleh terus membeli dari ibu pejabat HPM  dan ini dapat menggelakkan mereka tertipu dengan lambakan produk JM5 tiruan di pasaran.

“JM5 tiruan yang dijual secara runcit dan terbuka di kiosk di semua pasaraya besar, toko jamu, farmasi dan kedai ubat adalah tidak berkesan dan mengandungi bahan  kimia yang berisiko menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kanser,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak membuat pilihan dan jangan mudah terpengaruh dengan taktik produk tiruan yang menjual dengan harga yang lebih murah daripada harga JM5 asli.

Katanya, sekiranya pengguna terus menyokongnya dan membeli produk dari ibu pejabat HPM, produk JM5 tiruan itu akan terkubur dengan sendirinya.

Advertisements