DDR......terap elemen penting dalam bisnes

JITRA, 26 Jun (HPM) – “Faktor risiko, kritikan dan cemuhan sudah menjadi asam garam terhadap sesiapa yang menceburi dunia perniagaan namun kita seharusnya memikirkan strategi yang mampu membimbing masyarakat untuk bersama-sama dengan apa yang kita perjuangkan,” kata Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, demi mengelak segala masalah yang bakal dihadapi pihak organisasi perlu mengutamakan tiga elemen penting di dalam mewujudkan bisnes.

“Antaranya adalah penjenamaan iaitu dR Rozmey yang telah diyakini berkualiti, selamat dan murah yang kini menjadi kekaguman para pengguna dan ditambah pula dengan kejayaan doktor menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey,” katanya.

Katanya lagi, cara pemasaran yang memudahkan serta memberikan keuntungan kepada pengguna juga perlu diwujudkan supaya dapat disampaikan secara terus kepada mereka.

“Bukan itu sahaja malah kebolehan memberikan info secara terus kepada pengguna, kebaikan, kelebihan serta keberkesanan membolehkan pengguna mendapatkan kepuasan secara dua hala dan interaktif.

“Jadi, segala-gala urusan yang dilakukan dalam bisnes menjadi mudah tanpa mewujudkan sebarang kesulitan yang bakal berlaku dengan cara berpegang teguh kepada elemen yang doktor sampaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) itu ketika ditemuramah hari ini.

Advertisements