DDR.....lancar bisnes online

JITRA, 26 Julai (HPM) – Dunia tanpa sempadan. Itulah yang dapat kita rungkaikan dengan kecanggihan teknologi di era globalisasi kini yang dianggap sebagai kepentingan masyarakat sekarang.

Jadi, dengan segala kepentingan yang ada seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Menurut DDR, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dR Rozmey demi membangunkan Herba Prima Marketing (HPM) dengan lebih maju lagi.

“Selain itu, bisnes secara online ini juga memudahkan pengedar untuk berurusan dengan pihak HPM hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dR Rozmey,” katanya.

Katanya lagi, dengan mengikut acuan dR Rozmey menerusi bisnes secara online ianya mampu memberikan segala maklumat yang dingini dengan cepat dan pantas.

“Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna,” ujarnya ketika ditemuramah disini awal pagi tadi.

Advertisements