miliki susuk tuuh menawan dengan Slimming Suit dR Rozmey

JITRA, 25 Julai (HPM) – “Slimming Suit yang akan diperkenalkan oleh Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) dalam membantu pengguna untuk mendapatkan tubuh yang menarik bakal berada dipasaran selepas Hari Raya Raya Aidilffitri nanti,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Dalam usaha untuk memasarkan produk terbaru itu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) akan terbang ke Korea dan Jepun untuk mengadakan perbincangan bersama rakan kongsinya disana.

Menurutnya, beliau sekali lagi akan terbang ke Korea dan Jepun pada untuk mengadakan pertemuan dengan rakan kongsinya mengenai produk terbaru yang telah dihasilkan menggunakan teknologi canggih kedua-dua negara itu.

“Produk terbaru Slimming Suit itu yang dicipta khas menggunakan teknologi Infra Red dan Batu Jade mampu mengaktifkan serta meningkatkan sistem darah, limfatik, mengaktifkan molekul air dan membakar lemak pada tubuh,” katanya.

Katanya lagi, produk Slimming Suit juga adalah sebagai pelengkap kepada pengguna produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

“Jadi, sekiranya digunakan bersama JM5 mengikut diet yang diberikan Slimming Suit mampu memberikan bentuk tubuh yang cantik dan menawan seperti wanita masa kini idam-idamkan,” katanya ketika ditemui pagi ini.

Advertisements