ramuan terpilih didalam dR8 rawat mata

JITRA, 25 Julai (HPM) – Antara salah satu produk kesihatan yang dikatakan mempunyai keajaiban keluaran Herba Prima Marketing (HPM) adalah dR8 iaitu sejenis produk minuman kesihatan yang membantu pengguna dalam merawat maslah penglihatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pelbagai vitamin dan ramuan-ramuan lain digunakan untuk menghasilkan formulasi ini antaranya Vitamin C, E, A, Biberry, Zinc, Carotenoid, dan Beta Carotene.

“Kandungan Vitamin C adalah bertujuan sebagai anti-oksida yang menghalang kecederaan sel, menguatkan dinding salur dan mengawal darah manakala Vitamin E pula bertindak sebagai antioksida dan mampu melindungi sel-sel retina mata dari kecederaan dan Vitamin A pula amat penting untuk mencegah kunjuntiva, kornea dari kekeringan dan buta waktu malam serta pertumbuhan retina yang baik,” terangnya.

Katanya lagi, kandungan Biberry juga terkandung di dalam dR8 untuk meningkatkan pigment retina membolkehkan mata melihat cahaya dan membolehkan sel darah merah melalui kapilari untuk membekal oksigen serta mampu membuka salur darah dan menurunkan tekanan darah manakala Zinc membantu mencegah degenarasi macular dan membantu menghalang kebutaan.

“Manakala Beta Carotene pula menghalang kebutaan waktu malam dan mampu meningkatkan imuniti, melindungi dari kanser dan toksin yang merupakan antioksida yang terbaik untuk kesihatan dan Carotenoid berfungsi menghalang  degenarasi macular yang menyebab kebutaan mata,” ujarnya yang dulu berkhidmat sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Advertisements