keselesaan diutamakan kepada pelanggan

JITRA, 25 Julai (HPM) – “Kepada golongan yang menghadapi masalah obesiti doktor mengalu-alukan mereka untuk menjalani rawatan di Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) kerana promosi yang ditawarkan masih berjalan,” kata Datk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Penubuhan Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) adalah bertujuan untuk membantu golongan wanita berhajat menginginkan kecantikan yang merupakan dianggap keperluan utama bagi mereka pada masa kini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekuif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) akibat daripada sambutan menggalakkan daripada pengguna, RBSFC menawarkan promosi secara berterusan dalam merealisasikan impian pengguna yang belum menjalani rawatan kecantikan di RBSFC.

“Dengan kadar harga berpatutan iaitu RM100 satu sesi selama tiga jam pengguna akan merasai sendiri perubahan yang begitu menakjubkan berbanding dengan kadar asal RM450 satu sesi selama tiga jam,” katanya.

Katanya lagi, tawaran promosi yang dilakukan adalah berbeza dengan pusat kecantikan lain yang menawarkan dengan kadar harga yang begitu tinggi.

“RBSFC juga menggunakan mesin berteknologi dan mesin canggih dari luar negara akan memberikan impak positif yang begitu pantas dan hasil yang amat memberangsangkan. Inilah fenomena yang doktor cipta untuk kepentingan masyarakat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) itu.

Advertisements