DDR bersama teknologi canggih di RBSFC

JITRA, 24 Julai (HPM) – Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang berada di utara tanahair iaitu Jitra, Kedah mendapat sambutan menggalakan daripada khalayak umum.

Ramai pelanggan berpuas hati dengan tawaran dan rawatan di RBSFC yang dikatakan memberikan kesan yang amat memberangsangkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) jelaslah ianya berkesan kerana kaedah lima langkah yang dijalankan di RBSFC yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi moden dari Perancis, Jepun dan Jerman.

“Kelengkapan mesin berteknologi canggih di RBSFC mampu membakar kalori dengan pantas menerusi penggunaan mesin seperti Oxygen Spa, LPG, Infra Red Radiant Heat, Cellagrade Roller dan EMS bervoltan sederhana serta rendah,” ujarnya.

“Dengan adanya mesin berteknologi canggih ini ianya membolehkan para pelanggan mengalami sendiri perubahan yang begitu pantas untuk kelihatan cantik, anggun dan menawan,” katanya yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

“Jadi, inilah adalah perkhabaran gembira untuk golongan yang mengalami masalah berat badan untuk tampil dengan susuk tubuh yang menawan seperti yang diimpikan terutamanya terhadap golongan wanita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima (HPM) itu ketika ditemuramah tadi.

Advertisements