dari kiri : rozita, maisarah, rashidi ramli, rafidah radzi, zuzaila mansor dan shuhaida abd halim

JITRA, 23 Julai (HPM) – “Ribuan terima kasih doktor ucapkan kepada mereka yang setia bersama dengan doktor dari dulu hingga kini,” kata Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Menurut DDR, tanda penghargaan doktor ini ditujukan khas untuk staf yang selama ini ini setia bersama-sama doktor bermula penubuhan Jitra Specialist Centre (JSC) sehinggalah menjadi Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

“Setinggi-tinggi penghargaan ini juga doktor tujukan kepada beberapa staf yang menjadi pendorong dan pembakar semangat doktor untuk mencipta kejayaan.

“Antaranya adalah Roshidi Ramli, selaku Ketua Unit Human Resource, Rafidah Radzi yang menjawat jawatan sebagai General Manager di HPM dan Shuhaida Abd Halim, 24, Zuzaila Mansor, 23, Maisarah Morni, 21 serta Rozita Salleh, 22 yang menjalankan tugas di bahagian Slimming,” katanya.

Katanya lagi, kesetiaan serta sikap tanggungjawab mereka juga adalah tunjang kejayaan HPM yang kini dilihat semakin kukuh dan bertambah maju.

“Jadi, inilah fenomena yang doktor ciptakan iaitu mengenai fenomena dR Rozmey untuk warga HPM yang mengikut acuan doktor sendiri berkonsepkan kejujuran dan kesetiaan.

“Bukan mereka sahaja malah seluruh warga HPM juga boleh diumpamakan sebagai baja untuk menyuburkan HPM dan sifat yang ada pada warga HPM berbeza dengan organisasi yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu.

Advertisements