DDR.....luar biasa

JITRA, 23 Julai (HPM) – Baru sahaja selesai dengan penerbitan filem 2 Alam yang dianggap sebagai filem berprofil tinggi hasil karya sulong dR Movie Production kini Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ingin  mengembangkan sayap perniagaannya

Walaupun dikatakan sudah mengecapi kejayaan hasil daripada produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) masih belum puas untuk membantu masyarakat dengan produknya dan beliau juga dilihat seperti tidak pandai duduk diam.

Menurut DDR beliau mahu membuka segmen baru perniagaannya iaitu penghasilan produk kosmetik, Slimming Suit, produk penjagaan kulit dan barangan penjagaan kesihatan mesin Detox yang akan dipasarkan di Malaysia.

“Sebelum ini doktor sudahpun terbang ke Korea dan Jepun untuk bertemu dengan rakan kongsi doktor di sana bagi membincangkan tentang formulasi dalam produk kecantikan terhadap segmen bisnes yang ingin doktor jalankan namun hasilnya mereka menggalakkan doktor untuk melakukan sperti perancangan,” katanya.

Katanya lagi, Korea dan Jepun menjadi pilihan doktor kerana ini jelas bahawa kepakaran dan kecanggihan teknologi mereka yang berkesan dan selamat selain produk yang sesuai dengan pengguna di Malaysia dan kerjasama idea serta formulasi doktor boleh digunakan dalam membangunkan produk

“Menerusi jenama dR Rozmey yang diyakini pengguna mementingkan mutu dan keunggulan pastinya menjadi kebanggaan 1 Malaysia dan jangkaan kesemua produk ini  akan berada dipasaran selepas Hari Raya Aidilfitri bersama kejutan filem 2 Alam yang hanya tinggal tiga bulan saja lagi,” katanya DDR yang juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM).

Advertisements