GALAUKOMA BOLEH MENGAKIBATKAN BUTA

JITRA, 20 Julai (HPM) – Mata adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Jadi masyarakat harus memandang serius terhadap penjagaan mata bagi mengelakkan daripada kehilangan satu anugerah yang besar.

Masalah mata yang sering berlaku kepada individu yang berumur adalah glaukoma iaitu penyakit yang akan menyebabkan tekanan mata meningkat tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) galukoma terbahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan kronik dimana jika masalah ini tidak dirawat ianya akan menyebabkan kebutaan.

“Galukoma akut akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan serta perlu dirawat segera sekiranya ia dikesan,” katanya.

“Manakala glaukoma kronik ialah jenis yang tidak mendatangkan kesakitan tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan-lahan. Kebiasaan pesakit yang menghidapi glaukoma kronik ialah golongan yang berumur antara 50 tahun keatas,” jelasnya lagi.

Advertisements