antara babak menarik di dalam filem 2 Alam

JITRA, 20 Julai (HPM) – Belumpun memasuki panggung wayang diseluruh Malaysia filem sulong karya dR Movie Production sudah tersenarai sebagai filem terbaik 2010.

Ini dianggap satu keistimewaan terhadap pihak produksi kerana menghasilkan karya yang begitu unik dan berprofil tinggi.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) fenomena mengenai filem 2 Alam ini patut dibanggakan juga oleh pihak produksi kerana layak tersenarai di dalam filem terbaik 2010 seiringan dengan filem-filem lain yang mempunyai produksi hebat pada masa kini.

“Berkemungkinan filem 2 Alam ini layak tersenarai sebagai filem terbaik 2010 adalah kerana peceritaan perihal masyarakat kini yang leka dibuai dengan kenikmatan dunia tidak langsung memikirkan pembalasan yang bakal diterima kelak mempunyai nilai dan kualitinya tersendiri,” katanya.

Katanya lagi, walaupun filem 2 Alam berlaku penangguhan sebanyak beberapa kali namun 1 rakyat Malaysia masih lagi menyokong dan menunggu kehadiran 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta.

“Filem 2 Alam ini bakal memberikan sejuta keinsafan dan kesedaran terhadap masyarakat seterusnya melahirkan insan yang cemerlang serta mempunyai pemikiran yang baik dan juga dapat mendorong masyarakat supaya terhindar dari gejala sosial yang semakin berleluasa kini,” katanya ketika ditemui.

Advertisements