2 Alam kehadirannya dinantikan oleh masyarakat

JITRA, 20 Julai (HPM) – “Anugerah Filem Festival Malaysia (FFM) yang Ke-23 bakal berlangsung tidak lama lagi dan bermulalah detik-detik mendebarkan bagi para produksi filem yang bergiat aktif di dalam industri perfileman Malaysia termasuk doktor sendiri,” kata Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Filem 2 Alam hasil karya sulong dR Movie Production iaitu filem bergenre seram yang dikategorikan sebagai 18PA akan bersaing bersama-sam filem Melayu yang lain di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Penerbit dR Movie Production Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) berkata, filem kombinasi menarik dua pengarah iaitu Zarith Lokman dan Hairie Othman layak untuk ke FFM Ke-23 kerana filem itu bakal mengembalikan kegemilangan era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lalu.

“Jadi, setelah dinilai dan diteliti sendiri oleh pihak Lembaga Perfileman Malaysia (FINAS)2 Alam layak kepersada antarabangsa dan mampu bersaing dengan filem-filem lain demi mempertingkatkan martabat filem Malaysia diperingkat antarabangsa,” katanya.

Katanya lagi, berkonsepkan mengenai keprihatinan terhadap masyarakat Melayu pembikinan mengenai 2 Alam dijalankan yang penceritaanya berkisarkan budaya hidup masyarakat era globalisasi kin.

“Walaupun filem ini belum berada dipawagam DDR yakin pemilihan yang dilakukan oleh FINAS adalah berdasarkan kualiti dan keunikan yang terdapt di dalam filem 2 Alam,” katanya yang optimis filem 2 Alam bakal memenangi anugerah dalam kategori yang dipertandingkan.

Advertisements